Usaha mencari mangsa tertimbus diteruskan

Seorang pekerja disahkan terkorban manakala 38 yang lain hilang.

CEBU, 9 Januari – Usaha mencari dan menyelamat mangsa tragedi runtuhan tapak pelupusan sampah di Binaliw diteruskan hari ini selepas insiden itu mengorbankan seorang pekerja dan menyebabkan 38 yang lain hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha mencari dan menyelamat mangsa runtuhan tapak pelupusan diteruskan hari ini.
  • Setakat ini 12 mangsa berjaya dikeluarkan dan menerima rawatan di hospital.
  • Tragedi berlaku pada Khamis, menimbus puluhan pekerja di Tapak Pelupusan Sampah Binaliw.
  • Operasi mencari baki mangsa dijalankan secara skala besar oleh pihak berkuasa.
  • Punca keruntuhan masih disiasat, kejadian tidak berlaku semasa hujan.

Menurut Datuk Bandar Nestor Archival dalam satu kenyataan, setakat ini, 12 mangsa berjaya dikeluarkan daripada timbunan sampah dan telah menerima rawatan di hospital.

Terdahulu, tragedi yang berlaku pada Khamis itu menyebabkan puluhan pekerja di Tapak Pelupusan Sampah Binaliw ditimbus hidup-hidup.

Sementara itu, seorang kakitangan awam jabatan polis, Marge Parcotello memaklumkan, usaha mencari baki mangsa yang tertimbus dilakukan dalam skala besar.

“Kami tidak tahu apa yang menyebabkan keruntuhan itu berlaku kerana ia tidak berlaku ketika hujan. Kita masih lagi menyiasat bagaimanapun ia berlaku,” Katanya.