Trump terlalu sibuk untuk bertemu Kim Jong Un

Donald Trump (kanan) mengadakan pertemuan berprofil tinggi di China bersama Xi Jinping (tengah) dan Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

WASHINGTON, 20 November – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memaklumkan beliau terlalu sibuk sepanjang siri lawatannya ke Asia hingga tiada berkesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un seperti yang dicadangkan sebelum ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump terlalu sibuk semasa lawatan Asia sehingga tidak sempat bertemu Kim Jong Un; katanya pertemuan mungkin diadakan kemudian.
  • Beliau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila dan pertemuan berprofil tinggi di Shenzhen semasa APEC 2026.
  • Pertemuan sebelum ini tiga kali bertujuan mengekang program nuklear Pyongyang tetapi tidak menghasilkan perjanjian konkrit.

“Hubungan itu ada tetapi kami tidak bertemu. Terlalu banyak mesyuarat. Namun, kami akan mengadakan pertemuan itu pada suatu masa nanti,” jelas Trump ketika dalam penerbangan pulang ke Washington dari Asia pada Khamis.

Minggu ini, Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina sebelum menyertai pertemuan berprofil tinggi di Shenzhen, China bersama Presiden Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026.

Trump sebelum ini pernah bertemu Jong Un sebanyak tiga kali ketika penggal pertama pentadbirannya di White House dan membayangkan kemungkinan mengadakan satu lagi pertemuan dua hala semasa dalam penerbangan menuju ke Asia awal minggu ini.

Sidang kemuncak antara Jong Un dan Trump sebelum ini bertujuan mengekang program nuklear Pyongyang, bagaimanapun tidak menghasilkan sebarang perjanjian konkrit.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.