Trump: Israel, Lubnan setuju gencatan senjata 10 hari

Presiden AS Donald Trump/Foto REUTERS

WASHINGTON, 17 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan Israel dan Lubnan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 10 hari yang dijadual bermula pada pukul  5 petang waktu tempatan (2100 GMT).

RINGKASAN BERITA AI
  • Persetujuan itu dicapai selepas perbincangan dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun dan Benjamin Netanyahu.
  • Kedua-dua pemimpin mengadakan 'perbincangan yang sangat baik' bagi mencapai persetujuan tersebut.
  • Tiada pengesahan rasmi daripada Israel dan Lubnan setakat ini mengenai pelaksanaan gencatan senjata.

Namun Trump tidak memperincikan tarikh sebenar pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.

Menurut beliau, persetujuan itu dicapai selepas perbincangan dengan Presiden Lubnan, Joseph Aoun, serta Benjamin Netanyahu.

Menurut Trump, kedua-dua pemimpin telah mengadakan “perbincangan yang sangat baik” bagi mencapai persetujuan tersebut.

“Mereka bersetuju untuk memulakan gencatan senjata pada pukul 5 petang waktu EST bagi mencapai keamanan antara negara masing-masing,” katanya menerusi hantaran di Truth Social.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada Israel dan Lubnan berhubung pelaksanaan gencatan senjata berkenaan.