Thailand harap pilihan raya Myanmar bawa keamanan

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow/ BERNAMA

CEBU, 29 Januari – Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, berharap pilihan raya di Myanmar menjadi permulaan perubahan yang boleh membawa keamanan berkekalan di negara yang dilanda konflik itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Thailand berharap pilihan raya Myanmar menjadi permulaan perubahan menuju keamanan berkekalan.
  • Pilihan raya dikendalikan junta disifatkan pengkritik dan kumpulan hak asasi sebagai penuh penipuan.
  • Thailand mencadangkan penglibatan terancang untuk mendorong perubahan positif tanpa mengiktiraf kerajaan baharu.
  • Phuangketkeow akui pilihan raya tidak sempurna tetapi mungkin membuka jalan kepada peralihan.

Parti pro-tentera Myanmar mengisytiharkan kemenangan pada Isnin lalu dalam pilihan raya yang dikendalikan junta, yang secara meluas dilabelkan sebagai penipuan oleh kumpulan hak asasi manusia.

Pengkritik berkata pilihan raya itu dipenuhi sekutu tentera untuk meneruskan cengkaman kuasa selepas rampasan kuasa pada 2021 yang menyaksikan Aung San Suu Kyi, ditahan dan partinya dibubarkan.

Semasa berucap di persidangan ASEAN di Filipina, Phuangketkeow berkata, pilihan raya itu mungkin membuka jalan ke arah keamanan walaupun tidak sempurna.

“Ia bukan pilihan raya yang sempurna, tetapi kami berharap ia akan menjadi permulaan peralihan,” katanya kepada pemberita, dengan matlamat untuk penyelesaian yang mampan”, katanya.

Thailand mencadangkan pendekatan yang digelar sebagai penglibatan terancang dengan tujuan proaktif memandangkan statusnya sebagai jiran Myanmar. Phuangketkeow menegaskan langkah itu bukan untuk mengiktiraf kerajaan baharu, tetapi untuk mendorong perubahan positif melalui tindak balas Myanmar.-AFP