Tentera laut China, Indonesia selesai latihan bersama

Tentera Laut China dan Indonesia selesai lakukan latihan bersama/ REUTERS

LONDON, 13 Ogos – Tentera Laut China dan Indonesia berjaya menyelesaikan latihan navigasi bersama di perairan timur Pulau Taiwan pada Rabu, menurut pihak berkuasa ketenteraan China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Latihan melibatkan kapal tentera laut China Honghe dan frigat Indonesia KRI I Gusti Ngurah Rai.
  • Latihan praktikal merangkumi komunikasi maritim, pergerakan formasi dan operasi pengisian bekalan.
  • Penggunaan kod komunikasi ringkas dan isyarat bendera mematuhi piawaian antarabangsa serta menguji keupayaan pertukaran maklumat.
  • Kedua-dua kapal bekerjasama rapat, melaksanakan manuver fleksibel, menunjukkan kesediaan menyokong keamanan dan kestabilan serantau.

Latihan itu membabitkan kapal tentera laut China, Honghe dan kapal frigat Tentera Laut Indonesia, KRI I Gusti Ngurah Rai.

Menurut kenyataan pihak tentera, kedua-dua kapal membentuk formasi dan menjalankan latihan praktikal meliputi komunikasi maritim, pergerakan formasi serta operasi pengisian bekalan.

Anggota kru kapal Honghe, Gao Yongjie berkata, penggunaan kod komunikasi ringkas dan isyarat bendera sepanjang latihan mematuhi piawaian antarabangsa.

“Latihan bersama pasukan tentera laut asing ini menguji keupayaan kapal kami dalam komunikasi maritim serta pertukaran maklumat dengan kapal tentera laut asing,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kedua-dua kapal bergerak mengikut pelan latihan yang dipersetujui, selain melakukan manuver secara fleksibel dan berkoordinasi rapat bagi mencapai semua objektif yang ditetapkan.

Latihan berkenaan turut menunjukkan kesediaan dan keupayaan tentera laut kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama praktikal serta menyumbang kepada keamanan dan kestabilan serantau.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.