Tentera AS tenggelamkan stesen bahan api terapung di Pasifik

Tentera AS menenggelamkan stesen bahan api terapung di timur Lautan Pasifik./ REUTERS

WASHINGTON, 8 Sept – Tentera Amerika Syarikat (AS) memintas dan menenggelamkan sebuah stesen bahan api terapung di timur Lautan Pasifik yang didakwa mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas narkotik Ecuador, Los Choneros.

RINGKASAN BERITA AI
  • SOUTHCOM menyatakan stesen itu menyokong logistik maritim untuk penyeludupan dadah secara haram.
  • Kru dikeluarkan daripada kapal dan diserahkan kepada pihak berkuasa Ecuador oleh pasukan AS.
  • Pasukan AS memeriksa kapal berkenaan selepas semua kru diturunkan.
  • SOUTHCOM menegaskan ia akan meneruskan operasi bersasar mengekang rangkaian pengedaran dadah di Hemisfera Barat.

SOUTHCOM AS mendakwa stesen berkenaan digunakan bagi menyokong logistik maritim untuk kegiatan penyeludupan dadah secara haram di laut.

“Pada 7 Sept, di bawah arahan #SOUTHCOM, pasukan Joint Task Force Western Hemisphere (JTF-WHEM) berjaya memintas sebuah stesen pengisian bahan api terapung yang menyokong operasi pengedaran dadah secara haram di laut di timur Lautan Pasifik.

“Maklumat risikan mengesahkan penglibatan kapal itu dengan organisasi pengganas narkotik Los Choneros,” menurut SOUTHCOM menerusi platform media sosial X.

Menurut SOUTHCOM, tentera AS mengeluarkan kru daripada kapal itu sebelum mereka diserahkan kepada pihak berkuasa Ecuador.

Pasukan AS kemudian memeriksa kapal berkenaan dan menenggelamkannya selepas semua kru diturunkan.

SOUTHCOM turut menegaskan pihaknya akan meneruskan operasi bersasar bagi mengekang rangkaian pengedaran dadah di Hemisfera Barat. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI/REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.