Cyril Ramaphosa arah tindakan tegas bendung kes bunuh wanita

Cyril Ramaphosa /Foto FB South African Government

PRETORIA, 30 September – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengarahkan tindakan tegas serta-merta bagi melindungi golongan wanita, susulan penemuan mayat 11 wanita di Ekurhuleni sejak pertengahan Julai lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan audit keselamatan segera oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan berisiko tinggi.
  • Pembaikan lampu jalan, pemotongan semak samun dan kawalan bangunan terbengkalai untuk halang kegiatan jenayah.
  • Peningkatan kawalan penyalahgunaan alkohol dan arahan buka semula kes lama wanita dan kanak-kanak; empat suspek ditahan, tiada bukti pembunuh bersiri.

Menerusi perutusan khas, beliau mengarahkan pihak berkuasa tempatan melakukan audit keselamatan segera di kawasan berisiko tinggi.

Tindakan itu merangkumi pembaikan lampu jalan yang rosak, memotong semak samun, serta mengawal bangunan terbengkalai supaya tidak dijadikan tempat penjenayah bersembunyi atau membuang mayat.

Selain meningkatkan kawalan terhadap penyalahgunaan alkohol, pihak polis dan pendakwa raya turut diarah membuka semula kes-kes lama yang belum selesai melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Setakat ini, empat suspek telah ditahan, namun pihak polis mengesahkan tiada bukti siri pembunuhan itu dilakukan oleh pembunuh bersiri tunggal. -AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.