
PURI, 17 Julai – Sekurang-kurangnya seorang maut, manakala hampir 100 orang lagi dikejarkan ke hospital dalam kejadian rempuhan semasa festival Rath Yatra di Puri, timur India.
- Insiden berlaku semasa perarakan keagamaan Rath Yatra di Puri.
- Beberapa penganut diusung keluar dan yang lain dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan.
- Festival tahunan memperingati perjalanan tiga dewa Hindu menaiki kereta kuda ke Kuil Gundicha, dan menarik lebih sejuta penganut.
Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku ketika perarakan keagamaan berlangsung, menyebabkan beberapa penganut terpaksa diusung keluar, manakala yang lain dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Pegawai Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan, Dr. Umashankar Dash berkata, hampir 100 mangsa dimasukkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.
Festival Rath Yatra ialah sambutan tahunan yang memperingati perjalanan perarakan tiga dewa Hindu, menaiki kereta kuda yang dihias khas menuju ke Kuil Gundicha, kira-kira dua kilometer dari Kuil Jagannath di Puri.
Festival itu lazimnya menarik kehadiran lebih sejuta penganut dari seluruh dunia yang hadir bagi menyertai perarakan dan upacara keagamaan tersebut.-REUTERS