Selat Hormuz kekal ditutup, Iran tetapkan syarat kepada AS

Gambar Hiasan/ RTM

TEHRAN, 7 November – Iran menegaskan Selat Hormuz akan terus ditutup sehingga Amerika Syarikat (AS) menerima tuntutan Tehran, sambil mendakwa angkatan tenteranya kini lebih kuat dan bersedia menghadapi sebarang ancaman.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Iran memberi amaran tindak balas ketenteraan akan dilakukan serta-merta, berkesan dan tanpa batasan geografi atas arahan pemimpin tertinggi.
  • Agen berita Tasnim laporkan dua peluru berpandu mengenai pulau; televisyen kerajaan siarkan dua letupan, tiada maklumat rasmi kerosakan setakat ini.
  • Tentera Iran dakwa sistem pertahanan udara memintas dan memusnahkan sebuah dron AS yang terbang di ruang udara Pulau Qeshm.

Jurucakap tentera Iran, Mohammad Akraminia, berkata angkatan tentera negara itu masih menguasai laluan perairan strategik berkenaan yang menjadi laluan kira-kira satu perlima daripada penggunaan minyak dunia.

Menurut laporan media kerajaan Iran pada Sabtu, beliau berkata pengalaman berdepan secara langsung dengan AS dan Israel sejak perang bermula pada Februari lalu telah meningkatkan keupayaan serta kesiapsiagaan tentera negara itu.

“Hari ini, angkatan tentera Iran lebih bersedia dan kuat berbanding ketika perang bermula,” katanya kepada agensi berita rasmi IRNA.

Beliau berkata tentera Iran kini turut mempunyai motivasi, komitmen dan keyakinan diri lebih tinggi.

Akraminia turut memberi amaran bahawa sebarang tindak balas tentera Iran akan dilakukan dengan segera dan berkesan.

“Di bawah arahan pemimpin tertinggi, tindak balas angkatan tentera akan dilakukan serta-merta, berkesan dan tanpa batasan geografi,” katanya.

Konflik yang tercetus selepas AS dan Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran pada penghujung Februari itu dilaporkan berlarutan tanpa perkembangan ketara sejak beberapa bulan lalu.

Peperangan antara Iran dengan AS dan Israel yang bermula susulan serangan besar-besaran pada akhir Februari lalu masih berterusan tanpa sebarang penyelesaian selepas berbulan-bulan konflik berlangsung.

Agensi berita tempatan Tasnim pada Sabtu melaporkan dua peluru berpandu mengenai pulau berkenaan, namun tiada maklumat rasmi mengenai kerosakan dilaporkan setakat ini.

Televisyen kerajaan Iran turut melaporkan dua letupan berlaku di pulau itu.

Dalam perkembangan sama, tentera Iran mendakwa sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan sebuah dron milik AS yang terbang di ruang udara Pulau Qeshm.

Bagaimanapun, tentera Iran tidak menyatakan sama ada pulau berkenaan turut menjadi sasaran serangan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.