30 maut dalam serangan bersenjata di DR Congo

Foto VIORY

REPUBLIK DEMOKRATIK CONGO, 7 November – Penduduk di timur Republik Demokratik Congo (DRC) berdepan detik cemas apabila terpaksa melarikan diri dalam keadaan tembakan dilepaskan ketika serangan kumpulan pemberontak yang dipercayai mengorbankan kira-kira 30 orang, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan menyasarkan kawasan Kananga, Lubumbashi dan Yambi Yaya di Cantine-Aloya.
  • Penyerang mengarahkan penduduk membuka pintu, mengugut membakar kediaman; mereka yang keluar ditembak.
  • Kerosakan meluas dilaporkan melibatkan rumah, motosikal dan premis perniagaan menurut masyarakat sivil.

Serangan itu menyasarkan kawasan kejiranan Kananga, Lubumbashi dan Yambi Yaya di Cantine-Aloya.

Seorang saksi, Katembo Mahamba Jonas, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam apabila penduduk terdengar bunyi tembakan sebelum individu tidak dikenali mengarahkan mereka membuka pintu rumah masing-masing.

“Penduduk pada mulanya menyangka bunyi tembakan itu datang daripada anggota keselamatan yang sedang melakukan rondaan, namun keadaan berubah apabila mereka terdengar ugutan untuk membakar kediaman.

“Penduduk kemudian melarikan diri dengan meninggalkan segala harta benda, namun mendapati mereka seolah-olah terperangkap apabila sesiapa yang keluar daripada rumah ditembak,” katanya di sini.

Jonas turut menceritakan kesedihan apabila mendapati beberapa jirannya yang dikenalinya terbunuh dalam serangan berkenaan.

Sementara itu, pelapor masyarakat sivil Baswagha-Madiwe, Tshetshe Aliamini, menganggarkan kira-kira 30 orang terbunuh setakat ini, selain kerosakan besar membabitkan rumah, motosikal dan premis perniagaan yang dibakar.

Laporan awal menganggarkan kira-kira 20 orang terbunuh sebelum wakil masyarakat sivil tempatan kemudian melaporkan jumlah korban meningkat kepada sekitar 30 orang. -VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.