
NEW DELHI, 13 Jun – Sektor pertanian di India kini berdepan dengan peningkatan kos pengeluaran yang mendadak susulan krisis kekurangan baja dan lonjakan harga bahan api ekoran konflik di Asia Barat.
- Kekurangan baja asas seperti urea dan diamonium fosfat (DAP) menyulitkan petani di beberapa wilayah.
- Pihak berkuasa pertanian memperkenalkan sistem catuan bagi menangani krisis bekalan.
- Kuota baja rumah tangga dipotong dari 10 hingga 20 beg kepada hanya satu atau dua beg.
- Gangguan rantaian bekalan antarabangsa menjejaskan import bahan mentah, menaikkan harga baja; pengedar lapor racun perosak naik 20 hingga 25 peratus.
Golongan petani di beberapa wilayah kini berdepan kesukaran kritikal untuk mendapatkan bekalan baja asas seperti urea dan diamonium fosfat (DAP).
Keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa pertanian tempatan terpaksa memperkenalkan sistem catuan bagi menangani krisis tersebut.
Seorang petani tempatan, Jagdeep Singh mendedahkan bahawa sebelum ini setiap isi rumah di kampungnya menerima antara 10 hingga 20 beg baja.
Namun kuota itu kini telah dipotong secara drastik kepada hanya satu atau dua beg sahaja ekoran kehabisan stok.
Gangguan rantaian bekalan antarabangsa itu turut menjejaskan kemasukan import bahan mentah India bagi pembuatan baja dan racun perosak dan menyebabkan harga pasaran bagi produk baja meningkat lebih tinggi.
Seorang pengedar bekalan pertanian di Maharashtra, Rajendra Wagh berkata, harga racun perosak tempatan telah melonjak antara 20 hingga 25 peratus disebabkan kekerapan gangguan bekalan import akibat konflik di Asia Barat. – REUTERS