Saham Eropah stabil, susulan gencatan senjata AS-Iran

Foto REUTERS

FRANKFURT, 29 Jun -Pasaran saham Eropah dilaporkan stabil pada sesi dagangan Isnin disokong oleh pemulihan dalam sektor teknologi ketika pelabur menilai daya tahan perjanjian gencatan senjata sementara di Asia Barat antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Indeks STOXX 600 kekal stabil; saham teknologi memimpin keuntungan dengan kenaikan sektor 1.4 peratus.
  • Sektor teknologi melonjak selepas mengalami kejatuhan terbesar minggu lepas, walaupun pendedahan AI pasaran Eropah masih lebih rendah berbanding AS dan Asia.
  • Gencatan senjata AS-Iran diikuti pertukaran tembakan hujung minggu; perkembangan positif mendorong peningkatan unjuran termasuk kenaikan sasaran J.P. Morgan.

Indeks pan-Eropah, STOXX 600 kekal stabil pada paras 636.43 mata dalam sesi awal dagangan, dengan saham teknologi menerajui keuntungan sektoral menerusi peningkatan sebanyak 1.4 peratus.

Pelonjakan sektor teknologi secara meluas berlaku selepas mengalami kejatuhan terbesar minggu lepas.

Walau bagaimanapun, pendedahan pasaran Eropah terhadap saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) adalah jauh lebih kecil berbanding pasaran AS dan Asia menyaksikan sektor teknologi telah melonjak ke paras tertinggi beberapa minggu lalu.

“Kita telah mencapai jalan buntu berhubung konflik Iran, dan kita juga telah mencapai fasa tepu dalam penyusunan semula saham teknologi,” kata penganalisis pengurusan aset Plutos, Ascan Iredi kepada Reuters.

Sementara itu, harga minyak mentah Brent meningkat tipis 0.2 peratus kepada AS$72 setong apabila pelabur mula menilai semula pergerakan kargo kapal dagang melalui Selat Hormuz pascaperjanjian gencatan senjata.

Kedua-dua negara dilaporkan saling berbalas tembakan hujung minggu sebelum bersetuju menghentikan pertempuran untuk memulakan rundingan baharu.

Perkembangan positif berhubung gencatan senjata berkenaan turut mendorong peningkatan unjuran daripada beberapa firma kewangan utama.

J.P. Morgan menjadi institusi kewangan terbaharu yang menaikkan unjuran sasaran akhir tahun mereka bagi pasaran ekuiti Eropah. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.