Rusuhan ganas, penduduk dipindahkan di Belfast

Pasukan bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran, manakala anggota polis dikerah bagi mengawal keadaan./Foto REUTERS

BELFAST, 10 Jun – Penduduk terpaksa dipindahkan dari kawasan kediaman akibat kebakaran susulan rusuhan anti-imigran di Ireland Utara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ratusan penunjuk perasaan bertopeng menyerang polis dan membakar beberapa kenderaan di beberapa lokasi di seluruh Ireland Utara.
  • Keganasan tercetus selepas video tular memaparkan dakwaan serangan pisau oleh seorang lelaki warga Sudan.
  • Seorang mangsa dilaporkan cedera serius di leher dan kepala, polis serta perkhidmatan kecemasan memantau dan mengawal keadaan.

Menurut laporan media tempatan, ratusan penunjuk perasaan, sebahagian besarnya bertopeng, bertindak menyerang anggota polis serta membakar beberapa kenderaan di beberapa lokasi di seluruh Ireland Utara.

Keganasan itu tercetus selepas sebuah rakaman video tular memaparkan insiden serangan pisau yang didakwa dilakukan oleh seorang lelaki warga Sudan.

Dalam kejadian tersebut, seorang mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian leher dan kepala.

Laporan itu turut menyebut bahawa beberapa individu bertopeng bertindak membakar rumah yang di kawasan berkenaan, menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing demi keselamatan.

“Tindakan ganas itu memaksa anggota perkhidmatan kecemasan mengetuk pintu rumah dan membantu memindahkan penduduk ke dalam kenderaan polis ketika beberapa rumah dan kenderaan terbakar.

“Pasukan bomba juga terpaksa bertungkus-lumus memadamkan kebakaran, manakala anggota polis dikerahkan bagi mengawal keadaan yang semakin tegang,” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa belum mengeluarkan angka rasmi mengenai jumlah kecederaan atau kerosakan yang dialami akibat rusuhan tersebut.

Polis dan perkhidmatan kecemasan terus memantau keadaan di lokasi bagi memastikan keselamatan awam serta mengelakkan keganasan daripada terus merebak. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.