
HYDERABAD, 30 April – Rupee India jatuh ke paras terendah baharu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan aliran keluar dana asing dan kenaikan harga minyak mentah global menjejaskan mata wang itu.
- Risiko geopolitik Iran-AS yang belum selesai terus menekan rupee.
- Mata wang ditutup pada 94.88 Rabu, merosot kepada 95.25 dalam dagangan Khamis.
- India, pengguna tenaga ketiga terbesar di dunia, hadapi kos import lebih tinggi selepas Brent capai paras tertinggi empat tahun, melepasi AS$126 setong.
- Penghantaran tenaga terganggu di Selat Hormuz sejak 28 Feb, sekatan tentera laut dan ancaman ketenteraan menimbulkan kebimbangan bekalan minyak.
Dengan konflik Iran-AS yang belum selesai, risiko geopolitik terus menekan rupee.
Mata wang itu, yang ditutup pada 94.88 berbanding dolar AS pada Rabu, merosot kepada 95.25 dalam dagangan pada Khamis.
India, pengguna tenaga ketiga terbesar di dunia, kini berdepan kos import yang lebih tinggi apabila harga penanda aras minyak mentah Brent mencecah paras tertinggi dalam empat tahun pada Khamis, melepasi AS$126 setong.
Penghantaran tenaga terganggu di Selat Hormuz sejak AS dan Israel memulakan perang ke atas Iran pada 28 Feb selain sekatan tentera laut Presiden AS Donald Trump dan ancaman ketenteraan telah menimbulkan kebimbangan mengenai bekalan minyak.- BERNAMA