Lagi paramedik dibunuh Israel di selatan Lubnan

Rakaman fail yang dikongsi di media sosial menunjukkan detik paramedik terbunuh dalam serangan Israel pada 22 Mei lalu ketika sedang memeriksa mangsa serangan terdahulu/Reuters

BEIRUT, 4 Jun- Serangan Israel di selatan Lubnan mengakibatkan seorang paramedik terbunuh, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA) yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan Israel di selatan Lubnan mengorbankan seorang paramedik, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).
  • NNA berkata serangan menyasarkan pasukan ambulans di Zibdine, wilayah Nabatieh; seorang lagi paramedik cedera.
  • Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan dua paramedik maut dalam serangan berasingan pada hari sama.
  • Sehingga kini sekurang-kurangnya 130 petugas kecemasan dan kesihatan terbunuh sejak konflik bermula Mac.

NNA melaporkan serangan berkenaan menyasarkan sebuah pasukan ambulans di bandar Zibdine, wilayah Nabatieh, sekali gus mengorbankan seorang paramedik dan mencederakan seorang lagi.

Kementerian Kesihatan Lubnan sebelum itu memaklumkan dua paramedik terbunuh dalam satu serangan berasingan Israel pada hari sama.

Menurut kementerian itu, sekurang-kurangnya 130 petugas kecemasan dan kesihatan telah terbunuh sejak konflik tercetus pada Mac. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.