Ratusan pelarian Syria pulang ke kampung halaman selepas bertahun tersisih

Foto AFP

HASAKEH, 11 Ogos – Kumpulan pertama pelarian Kurdis Syria dilaporkan mula pulang ke kampung halaman mereka di Ras al-Ain pada Isnin selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemulangan diselaraskan selepas perjanjian Januari antara pihak berkuasa Kurdis dan kerajaan Syria, termasuk integrasi pasukan dan institusi Kurdis.
  • Kegembiraan dicemari serangan bersenjata terhadap penduduk baharu di Ras al-Ain, mengakibatkan kecederaan dan disifatkan sebagai sengaja.
  • Ketua SDF Mazloum Abdi mengecam serangan, menggesa ketenangan dan mengerahkan langkah keselamatan ketat untuk gelombang pelarian seterusnya.

Mereka terdiri daripada 2,500 penduduk daripada kira-kira 100,000 permohonan yang direkodkan jawatankuasa wakil pelarian.

Kepulangan berkenaan diselaras susulan perjanjian pada Januari lalu antara pihak berkuasa Kurdis dan kerajaan Syria, yang merangkumi integrasi pasukan tentera serta institusi awam Kurdis ke dalam pentadbiran negara.

Bagaimanapun, kegembiraan tersebut dicemari tindakan serangan kumpulan bersenjata ke atas sebahagian penduduk yang baharu tiba.

Sebaik sahaja tiba di Ras al-Ain, beberapa pelarian diserang kumpulan bersenjata hingga menyebabkan kecederaan.

Pihak jawatankuasa menyifatkan insiden itu sebagai tindakan sengaja dan dirancang.

Sementara itu, Ketua Pasukan Demokratik Syria (SDF), Mazloum Abdi mengutuk keras serangan berdarah tersebut sambil menggesa masyarakat Kurdis agar bertenang.

Beliau menegaskan pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kawalan keselamatan ketat diberikan kepada gelombang pelarian seterusnya yang dijangka bertolak dalam masa terdekat.

Menurut Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), dianggarkan 5.5 juta penduduk masih terancam sebagai pelarian dalam negara akibat perang saudara Syria yang berlarutan lebih 13 tahun.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.