
WASHINGTON, 11 Ogos – Syarikat induk kepada platform Truth Social milik Presiden Donald Trump dilapor mengalami kerugian 10 kali ganda berpunca daripada kemerosotan nilai aset digital yang dipegangnya.
- Trump Media & Technology Group mencatatkan kerugian bersih sebanyak AS$238.1 juta bagi suku berakhir 30 Jun.
- Kerugian itu jauh berbeza berbanding kerugian AS$20 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
- Defisit sebahagian besarnya akibat penurunan nilai aset bukan tunai, termasuk kerugian melebihi AS$190 juta daripada aset digital dan sekuriti ekuiti.
- Hasil suku dicatatkan AS$1.7 juta, meningkat 89 peratus; syarikat kaitkan kerugian dengan kejatuhan penilaian mata wang kripto.
Trump Media & Technology Group mencatatkan kerugian bersih sebanyak AS$238.1 juta bagi suku tahun yang berakhir pada 30 Jun.
Syarikat itu dalam kenyataan berkata jumlah berkenaan berbeza ketara berbanding kerugian AS$20 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
“Defisit tersebut sebahagian besarnya berpunca daripada penurunan nilai aset bukan tunai. Ini merangkumi kerugian melebihi AS$190 juta daripada aset digital, aset digital yang dicagar dan sekuriti ekuiti,” katanya.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan melaporkan perolehan hasil sebanyak AS$1.7 juta, iaitu peningkatan sebanyak 89 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pada suku kewangan pertamanya, Trump Media & Technology Group turut melaporkan kerugian bersih yang sebahagian besarnya disebabkan kejatuhan penilaian mata wang kripto.- AFP