Angka korban gempa bumi Venezuela cecah 6,301

Pasukan mencari dan menyelamat masih giat mengesan mangsa yang masih hilang meskipun kekurangan peralatan – Foto AFP

CARACAS, 11 Ogos – Angka korban dua gempa bumi kuat di Venezuela pada Jun lalu meningkat kepada 6,301 pada Isnin, ketika pasukan penyelamat dan keluarga mangsa masih giat menggali runtuhan bangunan untuk mengesan lebih ramai mangsa yang hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan mengeluarkan laporan terkini mengenai korban gempa, diumumkan oleh Presiden Dewan Kebangsaan Jorge Rodriguez.
  • Kerajaan pusat masih belum mengumumkan jumlah rasmi mangsa yang hilang selepas gempa bermagnitud 7.2 dan 7.5.
  • Gabenor La Guaira menyatakan kira-kira 1,400 orang masih belum ditemukan di kawasan paling terjejas.
  • Lebih kurang 24,000 orang kehilangan tempat tinggal dan kini berlindung dalam khemah-khemah sementara.

Presiden Dewan Kebangsaan, Jorge Rodriguez mengumumkan angka baharu itu dalam laporan terkini kerajaan berhubung bencana alam tersebut.

Pada 3 Ogos, jumlah korban mencecah 6,125.

Kerajaan pusat bagaimanapun belum mengumumkan jumlah mangsa yang masih hilang susulan gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 yang memusnahkan kira-kira 190 bangunan.

Namun, Gabenor Jose Alejandro Teran dari negeri La Guaira, kawasan yang paling terjejas di utara Caracas minggu lalu berkata, kira-kira 1,400 orang masih belum ditemukan.

Kira-kira 24,000 orang hilang tempat tinggal dan kebanyakan mereka kini berlindung dalam khemah-khemah.

Pada Isnin, gempa bumi kuat bermagnitud 7.4 mengggegarkan Colombia, meragut sekurang-kurangnya 111 nyawa dan mencederakan 87 yang lain, menurut Presiden Abelardo de la Espriella. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.