Pembinaan tembok konkrit di sempadan Amerika-Mexico, bendung PATI, penyeludupan dadah

Tembok berkenaan bakal dilengkapi dengan sistem pengawasan elektronik

WASHINGTON, 10 Jun – Pembinaan tembok konkrit di sepanjang sempadan Amerika Syarikat dengan Mexico dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung 2027.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek pembinaan tembok sebagai agenda utama Presiden Donald Trump untuk membendung pendatang tanpa izin dan penyeludupan dadah dari Mexico.
  • Tembok akan dilengkapi sistem pengawasan elektronik dan pelbagai peranti lain dengan pemasangan lengkap dijangka sekitar Julai atau Ogos 2028.
  • Penggunaan dron telah dilaksana sebagai antara kaedah pemantauan bagi memperkukuh rondaan di sempadan.

Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan, Rodney Scott ketika memaklumkan perkara itu menjelaskan projek pembinaan tembok itu merupakan agenda utama Presiden Donald Trump bagi membendung pendatang tanpa izin dan penyeludupan dadah dari Mexico.

“Tembok berkenaan bakal dilengkapi dengan sistem pengawasan elektronik serta pelbagai peranti lain yang dijangka dipasang sepenuhnya sekitar Julai atau selewat-lewatnya Ogos 2028,”katanya.

Beliau bagaimanapun menyatakan penggunaan dron juga antara kaedah yang telah dilaksana bagi memantau rondaan di sempadan.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.