
TOKYO, 23 Mac – Pasaran saham Asia merosot pada Isnin susulan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, yang turut mencetuskan turun naik harga minyak serta kebimbangan terhadap inflasi dan pertumbuhan ekonomi global.
- Indeks Nikkei merosot sehingga lima peratus sebelum ditutup sekitar 3.5 peratus lebih rendah; Topix jatuh hampir tiga peratus ke paras rendah beberapa bulan.
- Indeks KOSPI merosot kira-kira lima peratus; mata wang won jatuh ke paras terendah 17 tahun berikutan kebimbangan geopolitik.
- Iran memberi amaran akan menyasarkan kemudahan tenaga dan air negara jiran jika AS menyerang grid elektrik, mencetuskan penjualan besar-besaran pelabur serantau.
Di Jepun, indeks utama Nikkei susut sehingga lima peratus sebelum ditutup sekitar 3.5 peratus lebih rendah, manakala indeks Topix turut jatuh hampir tiga peratus ke paras terendah dalam beberapa bulan.
Di Korea Selatan, indeks KOSPI merosot kira-kira lima peratus, dengan mata wang won mencatat paras terendah dalam tempoh 17 tahun di tengah kebimbangan geopolitik yang semakin memuncak.
Pasaran di China dan Hong Kong turut mencatatkan penurunan ketara, apabila indeks utama masing-masing susut sekitar dua hingga tiga peratus pada awal dagangan.
Ketegangan meningkat selepas Iran memberi amaran akan menyasarkan kemudahan tenaga dan air negara jiran sekiranya Presiden AS, Donald Trump melaksanakan ancaman untuk menyerang grid elektrik negara itu.
Situasi tersebut menjejaskan keyakinan pelabur, sekali gus mendorong penjualan besar-besaran dalam pasaran kewangan serantau. -REUTERS