Pasangan suami isteri maut ditimpa runtuhan salji

Operasi mencari dan menyelamat pasangan suami isteri yang ditimpa salji ketika mendaki Gunung Nevado Tocllaraju di wilayah Ancash/ REUTERS

HUARAZ, 20 Jun – Pihak berkuasa Peru mengesahkan kematian pasangan suami isteri selepas mereka ditimpa runtuhan salji ketika mendaki Gunung Nevado Tocllaraju di wilayah Ancash, utara negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku pada awal pagi Rabu menurut kenyataan Pusat Operasi Kecemasan Wilayah Ancash.
  • Suami warga Mexico dan isteri warga Kanada.
  • Pemandu arah warga Peru terselamat tetapi cedera; lelaki 35 tahun dirawat di hospital Huaraz.

Menurut kenyataan Pusat Operasi Kecemasan Wilayah Ancash (COER), kejadian berlaku pada awal pagi Rabu.

Lelaki berkenaan merupakan warga Mexico manakala isterinya merupakan warga Kanada.

Pasangan tersebut maut dalam insiden berkenaan, bagaimanapun pemandu arah warga Peru yang mengiringi mereka terselamat namun mengalami kecederaan.

Lelaki berusia 35 tahun itu kini menerima rawatan di sebuah hospital di bandar Huaraz.

Gunung Nevado Tocllaraju yang terletak di banjaran Cordillera Blanca di barat Peru merupakan antara puncak yang paling kerap didaki di negara itu serta menjadi destinasi popular dalam kalangan pendaki gunung antarabangsa.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.