Parlimen Nepal dibubarkan

KATHAMANDU, 13 September – Parlimen Nepal dibubarkan hari ini.

Menurut Penasihat Akhbar Presiden, Kiran Pokharel, Nepal akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 5 Mac tahun depan selepas Sushila Karki mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Interim.

“Atas syor Perdana Menteri, Parlimen telah dibubarkan. Tarikh pilihan raya ialah 5 Mac 2026,” katanya kepada AFP.

Sebelum ini, Nepal berdepan dengan protes daripada golongan Gen Z berpunca daripada sekatan kerajaan terhadap media sosial.

Protes seterusnya merebak pada skala lebih besar sehingga menyebabkan 51 orang maut setakat ini dengan lebih 1,300 lagi cedera.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.