
BAGHDAD, 1 Oktober – Pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) menamatkan misinya di Iraq selepas lebih sedekad ditempatkan di negara itu bagi memerangi kumpulan Daesh.
- Penamatan susulan persetujuan AS dan Iraq pada 2024 untuk pengunduran berperingkat; tentera AS meninggalkan pangkalan dan mengehadkan kehadiran di Kurdistan.
- Daesh ditewaskan di Iraq pada 2017 dan Syria pada 2019, tetapi pasukan pakatan kekal bagi memburu saki-baki anggotanya.
- Perdana Menteri Ali al-Zaidi berkata fasa baharu akan menumpu pada kedaulatan negara, pengukuhan institusi dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan Iraq.
Penamatan misi itu dibuat susulan persetujuan AS dan Iraq pada 2024 untuk melaksana pengunduran secara berperingkat, dengan tentera AS meninggalkan pangkalan di seluruh negara dan mengehadkan kehadiran mereka di wilayah autonomi Kurdistan.
Presiden AS Donald Trump menyifatkan perkembangan itu sebagai kemenangan kepada kedua-dua negara.
“Saya mempunyai pilihan sama ada untuk kekal atau berundur, dan tanpa ragu-ragu saya merasakan sudah tiba masanya untuk AS pulang,” katanya.
Tentera pakatan mula ditempatkan di Iraq dan Syria pada 2014 ketika Daesh menguasai kawasan luas di kedua-dua negara.
Kumpulan itu ditewaskan di Iraq pada 2017 dan di Syria pada 2019, namun pasukan pakatan terus berada di rantau berkenaan bagi memburu saki-baki anggotanya.
Perdana Menteri Iraq, Ali al-Zaidi berkata, penamatan misi itu membuka fasa baharu yang memberi tumpuan kepada kedaulatan negara, kekuatan institusi dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan Iraq. – AFP