
ANTWERP, 21 Mei – Pakar penyakit berjangkit Belgium Laurens Liesenborghs bersedia ke Republik Demokratik Congo (DRC) untuk menjalankan kajian terperinci mengenai wabak Ebola.
- Merancang kajian klinikal bersama Institut Perubatan Tropika untuk menguji rawatan baharu terhadap Ebola.
- Mempersiapkan diri secara mental sebelum bergerak ke Kinshasa dan Bunia, wilayah Ituri di timur laut DRC.
- Virus yang menular di situ agak luar biasa dikenali sebagai Bundibugyo, meningkatkan risiko dan bahaya.
- Vaksin dan ubat belum diluluskan, ujian diagnostik lebih sukar; WHO menyatakan tiada risiko pandemik global buat masa ini.
Kolaborasi bersama Institut Perubatan Tropika di sini, pakar itu merancang untuk menjalankan kajian klinikal untuk mencuba rawatan baharu merawat penyakit berkenaan.
“Kami mempersiapkan diri terlebih dahulu secara mental,” kata Liesenborghs kepada AFP sebelum dijadual berlepas pada hujung minggu ini ke Kinshasa dan kemudian ke Bunia, di wilayah Ituri di timur laut DRC, lokasi wabak itu merebak.
“Situasi di DRC tidak menakutkan tetapi kita perlu tahu apa yang kita harus lakukan memandangkan dalam masa sama berlaku pergolakan kumpulan bersenjata,” kata Liesenborghs.
Beliau berkata, virus itu sendiri menimbulkan banyak bahaya dan terdedah kepada risiko kerana jenis Ebola yang menular di sana agak luar biasa dikenali Bundibugyo.
“Vaksin dan ubat-ubatan belum diluluskan termasuk ujian diagnostik juga lebih sukar,” menurut Liesenborghs.
Pakar penyakit berjangkit itu percaya wabak itu boleh menjadi lebih teruk di DRC, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan wabak berkenaan tiada mendatangkan risiko pandemik global buat masa ini.- AFP