
RIYADH, 25 Oktober – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, ibu negara Arab Saudi akan disambung semula pada Ahad, selepas ditutup selama dua minggu susulan serangan kumpulan Houthi dari Yaman.
RINGKASAN BERITA AI
- Berkuat kuasa 25 Oktober 2026, Terminal 1 dikhususkan untuk penerbangan domestik.
- Terminal 2 digunakan untuk penerbangan antarabangsa oleh syarikat penerbangan nasional.
- Penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan dan tempahan dengan syarikat penerbangan masing-masing.
- Pengumuman rasmi disiarkan menerusi platform X.
Dalam kenyataan menerusi platform X, lapangan terbang berkenaan memaklumkan berkuat kuasa 25 Oktober 2026, Terminal 1 akan dikhususkan untuk penerbangan domestik.
Terminal 2 pula akan digunakan bagi penerbangan antarabangsa yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan nasional.
Penumpang dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan dan tempahan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum menuju ke lapangan terbang. -AFP