Lubang benam di kawasan perumahan, penduduk dinasihat berpindah

Foto REUTERS

TOKYO, 27 Jun – Sebuah lubang benam bersaiz besar terbentuk di kawasan perumahan di barat daya Jepun, lapor penyiar Nippon TV (NTV).

RINGKASAN BERITA AI
  • Sebaahagian garaj dan sebuah motosikal terbenam ke dalam tanah selepas kejadian runtuhan jalan.
  • Sekitar 20 isi rumah dinasihatkan berpindah sementara sebagai langkah berjaga-jaga kerana risiko lubang benam membesar.
  • Pihak polis percaya hujan lebat beberapa hari lalu mungkin punca dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurut laporan NTV, kejadian itu mengakibatkan sebahagian garaj dan sebuah motosikal terbenam di dalam tanah serta memaksa penduduk berhampiran berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

NTV melaporkan polis menerima laporan megenai kejadian jalan raya yang runtuh secara tiba-tiba pada petang Jumaat.

Lubang benam itu dianggarkan berukuran kira-kira 9 meter panjang, 6 meter lebar dengan kedalaman 5 meter.

Sebagai langkah pencegahan, penduduk daripada kira-kira 20 buah isi rumah yang terletak berhampiran lokasi kejadian telah dinasihatkan supaya berpindah sementara berikutan risiko lubang benam itu menjadi lebih besar.

Pihak polis percaya kejadian berkemungkinan berpunca daripada hujan lebat yang melanda kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.