Lima maut, termasuk dua suspek dalam insiden tembakan di masjid San Diego

Pasukan respons kecemasan di lokasi kejadian/ Foto REUTERS

SAN DIEGO, 19 Mei – Tiga orang, termasuk seorang pengawal keselamatan terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah masjid di San Diego, California.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua suspek, umur 19 dan 17, ditemui mati dalam sebuah kereta, dipercayai akibat tembakan diri.
  • Pasukan respons kecemasan menemui mangsa di luar kompleks Pusat Islam San Diego.
  • Polis menyiasat sebagai jenayah kebencian, kata Ketua Polis Scott Wahl, retorik kebencian terlibat.
  • Pegawai tiba dalam empat minit dan segera menemui mangsa di hadapan bangunan; polis terima laporan tembakan lain berhampiran.

Dua suspek, masing-masing berusia 18 dan 17 tahun turut ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta akibat tembakan yang dipercayai dilakukan sendiri.

Menurut polis, pasukan respons kecemasan menemukan kesemua mangsa di luar kompleks Pusat Islam San Diego.

Rakaman dari helikopter menunjukkan pasukan bersenjata berkumpul di luar sebuah bangunan, dengan seorang individu tidak dikenal pasti terbaring atas tanah yang dipenuhi darah.

“Kami sedang menyiasat secara aktif kes ini sebagai jenayah kebencian. Sememangnya terdapat unsur retorik kebencian yang terlibat,” kata Ketua Polis San Diego, Scott Wahl kepada wartawan.

“Kami menerima panggilan mengenai penembak aktif di pusat islam itu. Dalam tempoh empat minit, pegawai tiba di lokasi dan segera menemukan tiga mangsa yang telah meninggal dunia di hadapan bangunan,” tambah Wahl.

Katanya, polis turut menerima laporan mengenai satu lagi insiden tembakan di lokasi berhampiran.

Gabenor California, Gavin Newsom menerusi catatan di laman X menegaskan tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan keganasan atau ugutan terhadap komuniti beragama.

Pusat islam berkenaan merupakan antara masjid terbesar di daerah San Diego, yang terletak di selatan California. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.