
WASHINGTON, 2 Julai – Lebih dua juta tentera terkorban sejak konflik antara Rusia dan Ukraine tercetus pada Februari 2022 menurut satu kajian yang diterbitkan oleh badan pemikir Amerika Syarikat pada Rabu.
- Anggaran menunjukkan 400,000 hingga 450,000 tentera Rusia terbunuh, daripada kira-kira 1.4 juta korban termasuk yang cedera dan hilang.
- Tentera Ukraine dianggarkan mengalami 525,000 hingga 625,000 korban, termasuk 125,000 hingga 150,000 kematian.
- Kematian tentera Rusia di Ukraine lebih empat kali ganda berbanding keseluruhan kematian tentera Amerika sejak Perang Dunia Kedua.
Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS) memaklumkan bahawa jumlah gabungan korban Rusia dan Ukraine kini melebihi dua juta, dengan Moscow menanggung sebahagian besar kerugian.
Menurut anggaran itu, antara 400,000 hingga 450,000 anggota tentera Rusia terbunuh daripada keseluruhan kira-kira 1.4 juta korban merangkumi yang terbunuh, cedera dan hilang.
Sementara itu, tentera Ukraine dianggarkan mengalami antara 525,000 hingga 625,000 korban, termasuk antara 125,000 hingga 150,000 kematian dalam tempoh sama.
Kajian tersebut turut menyatakan bahawa jumlah kematian tentera Rusia di Ukraine adalah lebih empat kali ganda berbanding keseluruhan kematian tentera Amerika Syarikat dalam semua peperangan sejak Perang Dunia Kedua.
Selain itu, nisbah korban antara Rusia dan Ukraine dipercayai meningkat kepada sekitar lapan berbanding satu pada separuh pertama tahun ini. – AFP