Serangan Israel di Lubnan cemari Aidiladha

Foto AFP

BEIRUT, 27 Mei- Serangan Israel ke atas Lubnan mencemari suasana Aidiladha apabila 31 orang dilaporkan terbunuh di selatan negara itu pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan membabitkan beberapa kawasan selatan Lubnan, mengorbankan orang awam termasuk kanak-kanak dan wanita, serta menyebabkan puluhan cedera.
  • Hezbollah mendakwa pertempuran berlaku dengan tentera Israel di Zawtar al-Sharqiyah selepas cubaan tentera Israel mara ke kawasan tersebut.
  • PBB melaporkan peningkatan ketara pelanggaran ruang udara dan ratusan insiden tembakan di sempadan sejak beberapa hari lalu.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya empat kanak-kanak dan tiga wanita antara yang terkorban, manakala 40 lagi cedera dalam siri serangan yang melanda beberapa kawasan termasuk Burj al-Shamali berhampiran Tyre, Kawthariyat al-Riz, Habbush, Maarakeh dan Salaa.

Sementara itu, kumpulan Hezbollah mendakwa berlaku pertempuran dengan tentera Israel di kawasan Zawtar al-Sharqiyah selepas pihak zionis cuba mara ke kawasan tersebut.

Di timur Lubnan, serangan di Mashghara turut mengorbankan 11 orang termasuk kanak-kanak, selain beberapa lagi cedera menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan peningkatan ketara pelanggaran ruang udara dan insiden tembakan di kawasan sempadan, dengan ratusan insiden direkodkan sejak beberapa hari lalu. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.