Terbuka Singapura: Tang Jie-Ee Wei mara pusingan kedua

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing dalam perlawanan pusingan pertama Badminton Terbuka Singapura 2026 hari ini/ BWF TV

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka Singapura 2026 selepas menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing.

Gandingan ranking keempat dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-19 dalam tempoh 40 minit di Stadium Tertutup Singapura hari ini.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menampilkan aksi meyakinkan apabila menguasai perlawanan sekali gus menyingkirkan pasangan senegara tersebut untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, terpaksa akur tersingkir di pusingan pertama kejohanan selepas tewas kepada pasangan India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto.

Gandingan Malaysia itu kalah dalam pertarungan tiga set 14-21, 22-20, 13-21 dalam tempoh 58 minit.

Pasangan ranking ke-28 dunia, Dhruv-Tanisha, berjaya menamatkan cabaran Tien Ci-Chiew Sien dalam aksi sengit sebelum kemenangan berpihak kepada wakil India.

Dalam aksi beregu wanita pula, pasangan negara, Chong Jie Yu-Vanessa Ng turut tersingkir di pusingan pertama selepas tewas kepada pasangan ranking ke-25 dunia dari Turkiye, Bengisu Ercetin-Nazlican Inci.

Gandingan itu terpaksa akur tewas straight set 8-21, 15-21 dalam tempoh 31 minit.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.