
YANGON, 1 Julai – Lebih 100,000 orang terbunuh di Myanmar sejak rampasan kuasa tentera lima tahun lepas mencetuskan perang saudara.
- Junta menggulingkan kerajaan pilihan raya pada Februari 2021 dan menahan Aung San Suu Kyi, menamatkan usaha sedekad menuju pemerintahan awam.
- Protes antirampasan kuasa ditekan; aktivis meninggalkan bandar membentuk gerila prodemokrasi yang bergabung dengan kumpulan etnik bersenjata.
- Badan pemantau merekodkan bilangan kematian berkaitan konflik yang besar; tiada angka rasmi dan anggaran korban berbeza-beza.
Junta tentera menggulingkan kerajaan dipilih secara demokrasi yang dipimpin oleh Aung San Suu Kyi pada Februari 2021 serta menahan penerima Hadiah Nobel Keamanan itu, sekali gus menamatkan era percubaan selama sedekad bagi mewujudkan pemerintahan awam di negara berkenaan.
Meskipun protes antirampasan kuasa digagalkan pasukan keselamatan, aktivis bertindak meninggalkan kawasan bandar untuk menubuhkan kumpulan gerila prodemokrasi, yang kemudian berjuang bersama kumpulan etnik minoriti bersenjata yang sekian lama menentang pemerintahan pusat.
Data terkini yang dikeluarkan Armed Conflift Location & Event Data (ACLED) menunjukkan, sejak rampasan kuasa, sebanyak 100,114 kematian berkaitan konflik direkodkan.
Data itu diperoleh badan pemantau konflik berkenaan berdasarkan laporan media mengenai insiden keganasan.
Setakat ini, tiada angka korban rasmi dikeluarkan, manakala anggaran jumlah kematian pula berbeza-beza.
Namun, penganalisis menyifatkan perang saudara yang telah berlarutan selama lima tahun itu sebagai konflik aktif paling berdarah di Asia. — AFP