Krisis imigresen: 70,000 pendatang tanpa izin dipulangkan ke Maghribi

Foto Fail

MADRID, 6 Ogos – Kira-kira 70,000 daripada 72,000 pendatang asing tanpa izin yang menyeberang ke wilayah autonomi Ceuta dari Maghribi telah dihantar kembali ke tanah air masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Krisis imigresen sempadan paling teruk yang dihadapi Sepanyol dalam beberapa tahun.
  • Pihak berkuasa Sepanyol memperketat kawalan sempadan.
  • Angka kematian disahkan meningkat kepada 75 selepas tiga lagi mayat ditemui berhampiran pemecah ombak Tarajal.
  • Kerajaan menganggarkan sekitar 2,500 pendatang masih berada di wilayah; sebenar mungkin sehingga 5,000, termasuk sekurang-kurangnya 1,000 kanak-kanak.

Lonjakan mendadak tersebut mencetuskan krisis imigresen sempadan paling teruk yang pernah dihadapi Sepanyol dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas pihak berkuasa Sepanyol, pihaknya turut memperketat kawalan sempadan.

“Setakat ini, angka kematian disahkan meningkat kepada 75 orang selepas tiga lagi mayat ditemukan berhampiran kawasan pemecah ombak Tarajal,” katanya.

Kerajaan Sepanyol menganggarkan sekitar 2,500 pendatang masih berada di wilayah tersebut.

Namun angka sebenar boleh mencecah hingga 5,000 orang dengan sekurang-kurangnya 1,000 daripadanya merupakan kanak-kanak dan remaja bawah umur.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.