
KIEV, 12 Mei – Kiev menjadi sasaran serangan dron pada Selasa selepas berakhir gencatan senjata selama tiga hari yang dipersetujui dengan Rusia.
- Siren amaran pertama disahkan berbunyi di ibu negara sejak Jumaat sebelum gencatan senjata.
- Pentadbiran tentera wilayah arahkan penduduk kekal di tempat perlindungan.
- Sistem pertahanan udara mungkin sedang beroperasi di kawasan tersebut menurut pentadbiran.
- Gencatan tiga hari diumum Presiden AS Donald Trump; Ukraine dan Rusia saling tuduh melanggarnya.
“Dron UAV musuh kini berada di ruang udara Kiev. Kekal selamat sehingga amaran ditarik balik,” kata ketua pentadbiran tentera Kiev, Tymur Tkachenko menerusi Telegram.
Siren amaran tersebut adalah yang pertama disahkan berbunyi di ibu negara Ukraine itu sejak Jumaat lepas, sebelum gencatan senjata berkuat kuasa.
Pentadbiran tentera wilayah Kiev mengarahkan penduduk kekal berada di tempat perlindungan dan menyatakan sistem pertahanan udara mungkin sedang beroperasi di kawasan tersebut.
Gencatan senjata selama tiga hari itu diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Jumaat lalu, beberapa jam sebelum sambutan Hari Kemenangan Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua.
Ukraine dan Rusia saling menuduh mencabuli gencatan senjata yang berkuat kuasa dari 9 hingga 11 Mei. -AFP