Ketua Pasukan Polis Bahagian Jenayah Khan Younis maut

Penduduk Palestin berkumpul di sekitar sebuah kenderaan yang rosak akibat serangan udara rejim Zionis di Khan Younis/ REUTERS

GAZA, 10 Mei Serangan udara rejim Zionis ke atas Khan Younis mengorbankan Ketua Pasukan Polis Bahagian Jenayah bandar itu, Wessam Abdel-Hadi, bersama pembantunya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Dalam Negeri Gaza berkata insiden tunjukkan kerapuhan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat.
  • Penduduk Palestin dilihat berkumpul sekitar kenderaan rosak akibat serangan udara.
  • Media lapor Israel tingkatkan serangan terhadap pasukan polis di Gaza dengan alasan sasarkan Hamas.
  • Keganasan berterusan walau gencatan senjata; sekurang-kurangnya 850 terbunuh sejak gencatan, lebih 72,500 terbunuh sejak Oktober 2023.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza insiden berkenaan sekali lagi menyerlahkan kerapuhan gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat (AS).

Turut kelihatan penduduk Palestin berkumpul di sekitar sebuah kenderaan yang rosak akibat serangan udara berkenaan.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Israel meningkatkan serangan terhadap pasukan polis yang di Gaza dengan alasan menyasarkan kumpulan Hamas.

Menurut petugas perubatan, satu lagi serangan udara turut mengorbankan seorang penduduk di kem Maghazi pada Ahad.

Keganasan di Gaza berterusan meskipun gencatan senjata dicapai pada Oktober 2025, dengan Israel dilaporkan melancarkan serangan hampir setiap hari.

Menurut petugas perubatan tempatan, sekurang-kurangnya 850 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata berkuat kuasa.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza memaklumkan lebih 72,500 rakyat Palestin terbunuh sejak perang Gaza tercetus pada Oktober 2023, dengan kebanyakannya merupakan orang awam.- REUTERS