Kereta berisi bom meletup berhampiran balai polis Mexico, 11 cedera

Bangunan dan kenderaan rosak akibat letupan berhampiran balai polis/Foto VIORY

ZACATECAS, 1 Septempber — Sebuah kenderaan sarat bahan letupan meletup di pusat keselamatan awam di Ojocaliente, Zacatecas, Mexico pada Ahad, menyebabkan 11 orang cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan mencetuskan kebakaran dan merosakkan 17 premis termasuk rumah, kedai serta beberapa kenderaan polis.
  • Kejadian berlaku ketika orang ramai menghadiri Pesta Wilayah Kaktus Pear dan Anggur di pusat bandar.
  • Puluhan anggota keselamatan dan ambulans dikerahkan untuk membantu mangsa serta mengawal keadaan.
  • Pihak berkuasa menyiasat kemungkinan penglibatan Kartel Jalisco Generasi Baharu; kenderaan itu dilaporkan dicuri di Jalisco April lalu dan mungkin berkaitan penahanan suspek 18 tahun.

Letupan kira-kira pukul 8 malam itu turut mencetuskan kebakaran dan merosakkan 17 premis termasuk rumah serta kedai, selain beberapa kenderaan polis.

Kejadian berlaku ketika orang ramai menghadiri sambutan Pesta Wilayah Kaktus Pear dan Anggur di pusat bandar.

Puluhan anggota keselamatan dan ambulans dikerahkan ke lokasi bagi membantu mangsa serta mengawal keadaan.

Pihak berkuasa menyiasat kemungkinan serangan itu dilakukan Kartel Jalisco Generasi Baharu (CJNG).

Pendakwa Raya Zacatecas, Cristian Paul Camacho, berkata salah satu kenderaan digunakan dalam serangan itu dilaporkan dicuri secara ganas di Jalisco pada April lalu.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan serangan itu berkaitan penahanan seorang lelaki berusia 18 tahun pada Sabtu selepas serangan terhadap polis di Villa Garcia. – VIORY

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.