Isteri bekas Presiden Korea Selatan bakal didakwa dengan pelbagai kesalahan

isteri bekas Presiden, Yoon Suk Yeol yang sedang didakwa, Kim Keon Hee.

SEOUL, 26 Januari – Mahkamah Daerah Pusat Seoul, Korea Selatan akan memutuskan sama ada untuk menjatuhkan hukuman ke atas isteri bekas Presiden, Yoon Suk Yeol yang didakwa, Kim Keon Hee.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keon Hee ditahan dan dibicarakan atas dakwaan rasuah serta pelbagai kesalahan lain.
  • Pendakwa raya memohon hukuman penjara 15 tahun dan denda AS$1.36 juta.
  • Pendakwa mendakwa beliau menerima wang, barang mewah dan manipulasi saham untuk mendapat pengaruh; Keon Hee menafikan semua tuduhan.

Keon Hee telah ditahan dan sedang dibicarakan kerana disyaki menerima rasuah dan beberapa tuduhan lain.

Bulan lalu, pasukan pendakwaan memohon hukuman penjara 15 tahun dikenakan kepada Keon Hee dan denda sebanyak AS$1.36 juta

Pendakwa raya mendakwa Keon Hee mengaut keuntungan kira-kira AS$560,000 pada tahun 2010 dan 2011, dengan manipulasi saham haram, menerima dua beg Chanel, seutas rantai berlian dan ginseng Korea daripada Gereja Penyatuan.

Suapan berkenaan didakwa merupakan sebahagian daripada usaha Keon Hee untuk memenangi pengaruh.

Keon Hee bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah mengarahkan sebarang perdagangan saham dan pihak gereja memberikan beg tangan tersebut kepadaya sebagai hadiah, tanpa mengharapkan timbal balas.