Harga minyak dunia melonjak

Foto hiasan REUTERS

LONDON, 18 Mei – Harga minyak dunia meneruskan kenaikan pada Isnin susulan usaha menamatkan perang antara Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran dilihat masih menemui jalan buntu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Loji tenaga nuklear Barakah di UAE diserang; penyiasatan sedang dijalankan dan UAE menegaskan hak untuk tindakan balas.
  • Niaga hadapan Brent naik AS$1.44 ke AS$110.70; WTI naik AS$1.84 ke AS$107.26, paras tertinggi sejak awal Mei.
  • Kenaikan mingguan melebihi tujuh peratus disebabkan harapan perjanjian damai bagi konflik di Selat Hormuz semakin pudar.
  • Trump dijangka bertemu penasihat keselamatan untuk membincangkan pilihan tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Situasi itu berlaku selepas sebuah loji tenaga nuklear di Emiriah Arab Bersatu (UAE) diserang, selain Presiden AS, Donald Trump dijangka membincangkan pilihan tindakan ketenteraan terhadap Iran.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$1.44 atau 1.32 peratus kepada AS$110.70 setong setakat 2337 GMT, selepas mencecah paras tertinggi sejak 5 Mei awal sesi dagangan.

Sementara itu, minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat naik AS$1.84 atau 1.75 peratus kepada AS$107.26 setong, selepas mencatat paras tertinggi sejak 4 Mei.

Kedua-dua penanda aras itu mencatat kenaikan lebih tujuh peratus minggu lalu berikutan harapan terhadap perjanjian damai bagi menamatkan serangan dan rampasan kapal di Selat Hormuz semakin pudar.

Rundingan minggu lalu antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping, turut berakhir tanpa sebarang petunjuk bahawa negara pengimport minyak terbesar dunia itu akan membantu meredakan konflik berkenaan.

Serangan dron ke atas UAE dan Arab Saudi serta kenyataan keras daripada AS dan Iran meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan konflik semakin memuncak.

Pegawai UAE memaklumkan pihaknya sedang menyiasat punca serangan terhadap loji tenaga nuklear Barakah dan menegaskan negara itu berhak mengambil tindakan balas.

Arab Saudi pula memaklumkan pihaknya berjaya memintas tiga dron yang memasuki ruang udara negara itu dari wilayah Iraq serta memberi amaran akan mengambil langkah operasi sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Trump dijangka mengadakan pertemuan dengan penasihat keselamatan tertinggi AS pada Selasa bagi membincangkan pilihan tindakan ketenteraan terhadap Iran, menurut laporan Axios.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.