Hantavirus: Penumpang, kru kapal digesa patuhi nasihat kuarantin 42 hari – WHO

Foto AFP

SEPANYOL, 11 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihati rakyat yang pulang ke negara masing-masing dari kapal persiaran, MV Hondius mematuhi peraturan kuarantin 42 hari susulan wabak hantavirus.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tedros: individu mungkin mempunyai risiko dan memerlukan tindakan susulan yang aktif.
  • Nasihat jelas: bermula 10 Mei memerlukan 42 hari kuarantin dengan tindakan susulan yang aktif dan ketat.
  • Amerika Syarikat melonggarkan syarat; Tedros berkata itu mungkin membawa risiko walaupun penularan masih rendah.
  • Kira-kira 150 penumpang dan kru berlabuh di Kepulauan Canary; tiga penumpang dilaporkan meninggal dunia.

Ketuanya, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata individu terbabit “mungkin mempunyai risiko” dan memerlukan tindakan susulan yang aktif.

“Nasihat kami adalah jelas, bermula dari 10 Mei memerlukan 42 hari kuarantin dengan tindakan susulan yang aktif dan ketat,” katanya.

Beliau mengulas mengenai dasar Amerika Syarikat (AS) yang melonggarkan syarat berkenaan kepada rakyatnya yang berada dalam kapal berkenaan.

“Itu mungkin mempunyai risiko walaupun penularannya masih rendah tetapi sudah tentu kami tidak memaksa panduan yang dikeluarkan,” kata Tedros kepada pemberita di pulau Tenerife, Sepanyol ketika operasi pemindahan besar-besaran dilakukan oleh pihak Sepanyol dengan kerjasama WHO.

Kira-kira 150 penumpang Kapal MV Hondius termasuk kru pelbagai negara berlabuh di Kepulauan Canary pada Ahad selepas tercetus wabak hantavirus.

Setakat ini, tiga penumpang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Antara penumpang yang dihantar pulang termasuk Sepanyol, Perancis, United Kingdom, AS dan Belanda, dengan kebanyakan mereka menjalani kuarantin serta pemantauan kesihatan rapi.-AFP