Guterres gesa pemimpin dunia hentikan perang Asia Barat, tuntut akauntabiliti AI

Antonio Guterres/Foto Fail

NEW YORK, 23 September – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa para pemimpin dunia untuk menumpukan sepenuh usaha bagi meredakan ketegangan dan menghidupkan semula dialog diplomatik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertumpahan darah mesti dihentikan; gencatan senjata sedia ada hanya "api kecil" yang terus mengorbankan orang awam.
  • PBB menolak penggunaan penyelesaian dua negara untuk isu Palestin.
  • Desakan penyaluran bantuan kemanusiaan segera dan pemulihan penuh hak navigasi maritim antarabangsa.
  • Bahaya sebenar ialah teknologi tanpa akauntabiliti; cadangan Rangka Kerja Pengurusan Risiko AI antarabangsa dengan pemantau bebas.

Gesaan tersebut disampaikan beliau ketika merasmikan Pembukaan Perbahasan Umum Sesi ke-81 Perhimpunan Agung PBB di Ibu Pejabat PBB di sini.

“Masa depan dunia bakal ditentukan oleh sejauh mana masyarakat antarabangsa mampu mendepani empat “ujian kuasa besar” dengan fokus utama diberikan kepada dua isu penting iaitu berkaitan keamanan dan keselamatan di Asia Barat; serta teknologi dan kecerdasan buatan (AI).

Gutteres menegaskan pertumpahan darah harus dihentikan dan gencatan senjata sedia ada hanya sekadar “api kecil” yang terus mengorbankan orang awam.

“PBB mengulangi sokongannya terhadap penyelesaian dua negara bagi konflik Israel-Palestin. Di samping mendesak agar bantuan kemanusiaan disalurkan serta hak navigasi maritim antarabangsa dipulihkan sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, Guterres memberi amaran bahawa ancaman sebenar bukan terletak pada teknologi AI, sebaliknya pada teknologi yang bergerak tanpa akauntabiliti dan kawalan.

“Saya menggesa pembentukan Rangka Kerja Pengurusan Risiko AI Antarabangsa yang disokong oleh badan pemantau bebas dan dipercayai,” tegasnya lagi – AFP.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.