Gunung berapi Kilauea di Hawaii meletus

Letusan Gunung berapi Kilauea pada Selasa/Reuters

HONOLULU, 6 Mei- Gunung berapi Kilauea di Hawaii, Amerika Syarikat dilaporkan meletus pada Selasa, sekali gus mencetuskan aktiviti semburan lava.

RINGKASAN BERITA AI
  • USGS mengklasifikasikan kejadian sebagai "episod ke-46 pancutan lava"
  • Gunung berapi berada pada tahap amaran jingga, menandakan peningkatan aktiviti tidak stabil dan potensi letusan
  • USGS memaklumkan ketinggian semburan lava tidak dijangka meningkat selepas ini
  • Laporan berita mengenai kejadian disiarkan oleh Reuters

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu diklasifikasikan sebagai “episod ke-46 pancutan lava”.

Gunung berapi berkenaan kini berada pada tahap amaran jingga, menandakan peningkatan aktiviti tidak stabil dan potensi letusan yang berterusan.

Bagaimanapun, notis dikeluarkan USGS pada hari sama menjangkakan bahawa tidak akan ada peningkatan ketinggian pancutan lava. -Reuters