Eropah sedia bertindak balas jika AS naikkan tarif import kenderaan EU

FOTO HIASAN

BRUSSELS, 5 Mei – Eropah memberi bayangan bersedia mengambil tindakan balas selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam menaikkan tarif kepada 25 peratus ke atas kereta dan trak yang diimport dari Kesatuan Eropah (EU).

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mengancam mengenakan tarif 25% ke atas kereta dan trak EU, mendakwa blok itu gagal patuhi perjanjian perdagangan.
  • Presiden Eurogroup menegaskan Eropah hargai dialog trans-Atlantik, namun akan pertimbangkan semua pilihan jika komitmen dicabuli.
  • Naib Canselor Jerman Lars Klingbeil gesa Trump hormati perjanjian tarif musim lalu dan beri amaran tindakan balas EU.

Trump pada 1 Mei lalu mendakwa EU gagal mematuhi perjanjian perdagangan dua hala yang dimeterai tahun lalu, sekali gus memberi amaran untuk mengenakan duti lebih tinggi terhadap kenderaan dari blok berkenaan ke pasaran AS.

Sebagai respons, Presiden Eurogroup, Kyriakos Pierrakakis pada Isnin menegaskan Eropah bersedia bertindak sekiranya Washington meneruskan langkah tersebut.

Menurut beliau, dialog kekal menjadi pilihan utama dan Eropah masih menghargai hubungan trans-Atlantik, namun semua pilihan akan dipertimbangkan jika komitmen yang dipersetujui dicabuli.

Pada hari sama, Naib Canselor Jerman merangkap Menteri Kewangan, Lars Klingbeil menggesa Trump menghormati perjanjian tarif yang dicapai bersama EU pada musim panas tahun lalu.

Beliau turut memberi amaran bahawa EU akan melaksanakan langkah tindak balas sekiranya AS benar-benar menaikkan tarif terhadap kenderaan keluaran Eropah.-REUTERS