
BEIJING, 8 Julai – China pada Rabu mengecam sekerasnya peningkatan mendadak konflik ketenteraan di Asia Barat selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap berpuluh-puluh sasaran di Iran.
- China mengeluarkan amaran tegas kepada kedua-dua belah pihak agar tidak mencetuskan semula peperangan di wilayah bergolak.
- Mao Ning menegaskan tindakan ketenteraan tidak memberi hasil jangka panjang dan tidak menyelesaikan masalah asas.
- Beijing mendesak semua pihak bertenang serta kembali ke meja rundingan untuk elak gangguan kestabilan global.
Susulan insiden itu, Kementerian Luar China mengeluarkan amaran tegas kepada kedua-dua belah pihak agar tidak mencetuskan semula peperangan di wilayah bergolak berkenaan.
Jurucakap Kementerian tersebut, Mao Ning menegaskan tindakan ketenteraan tidak akan memberi hasil jangka panjang bagi menyelesaikan konflik tersebut.
“Mencetuskan semula peperangan tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak dan pendekatan ketenteraan sama sekali tidak mampu menyelesaikan masalah asas yang berlaku,” tegas Mao Ning dalam satu sidang media di sini.
Beijing turut mendesak semua pihak terlibat agar bertenang dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak situasi daripada terus meruncing sehingga menjejaskan kestabilan global.- AFP