Bekas PM Thai Abhisit berkempen di pasar pagi Bangkok

Bekas PM Thai Abhisit Vejjajiva dilihat berkempen di sebuah pasar pagi di Bangkok pagi Sabtu/Foto AFP

BANGKOK,  24 Januari — Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva, mengetuai kempen pilihan raya Parti Demokrat menjelang Pilihan Raya Umum Thailand yang dijadualkan pada 8 Februari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Abhisit mengetuai kempen Parti Demokrat menjelang pilihan raya umum 8 Februari.
  • Beliau berkempen di pasar pagi Bangkok untuk menarik sokongan pengundi.
  • Abhisit pernah memimpin semasa tindakan keras tentera terhadap penunjuk perasaan Baju Merah.
  • Beliau berjanji memulihkan pertumbuhan ekonomi dan integriti politik negara.

Abhisit, memegang jawatan presiden Democrat Party tahun lalu selepas berundur pada 2019, dilihat berkempen di sebuah pasar pagi di Bangkok sebagai usaha menarik sokongan pengundi.

Beliau sebelum ini menerajui Thailand ketika tindakan keras tentera terhadap penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah, yang mengorbankan puluhan nyawa, sekali gus mencetuskan kontroversi politik berpanjangan.

Dalam wawancara bersama AFP, Abhisit berkata beliau bertekad membawa Thailand keluar daripada tempoh pertumbuhan ekonomi rendah selama lebih sedekad serta mengembalikan integriti dalam landskap politik negara itu. – AFP