Banjir Nepal: Angka korban meningkat kepada 1,300, lebih 5,000 hilang

Upacara pembakaran mayat salah seorang mangsa banjir kilat di Kuil Pashupatinath di Kathmandu/

KATHMANDU, 4 September- Bencana banjir kilat dan runtuhan glasier serta gunung di sempadan Nepal-China meragut sekurang-kurangnya 1,308 nyawa, manakala 5,624 orang masih hilang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Di Nepal, pihak berkuasa melaporkan 1,287 maut dan 5,083 masih hilang akibat banjir serta runtuhan glasier.
  • Di Tibet, media kerajaan China melaporkan 21 maut dan 541 masih hilang berikutan kejadian yang sama.
  • Lebih 800 warga asing hilang termasuk pendaki dan pengunjung Kailash; sekurang-kurangnya 17 mayat ditemui di India belum dimasukkan angka rasmi.

Di Nepal, angka kematian mencecah 1,287 orang dengan 5,083 lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa bencana negara itu pada Jumaat.

Di Tibet pula, media kerajaan China melaporkan 21 orang maut dan 541 lagi masih hilang.

Lebih 800 warga asing turut dilaporkan masih belum ditemukan termasuk pendaki di kawasan pergunungan Himalaya dan pelawat yang berkunjung ke Gunung Kailash di Tibet, yang dianggap suci oleh penganut Hindu dan Buddha.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai di India dan pihak berkuasa percaya mangsa dihanyutkan dari Nepal.

Jumlah itu bagaimanapun belum dimasukkan dalam senarai angka korban rasmi. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.