Banjir di Afghanistan ragut sekurang-kurangnya 24 nyawa

Penduduk membersihkan lumpur dari jalan selepas hujan lebat menyebabkan banjir kilat di daerah Khash di wilayah Badakhshan pada Jumaat / Foto AFP

KABUL, 22 Mei – Hujan lebat dan banjir di Afghanistan meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dalam tempoh 48 jam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Baghlan: 15 orang terkorban, puluhan cedera dan lebih 100 rumah musnah akibat banjir.
  • Badakhshan: dua penduduk dilaporkan terkorban, dua lagi hilang, lebih 100 rumah kediaman musnah.
  • Pihak berkuasa ANDMA lapor enam kematian tambahan, 11 cedera; ribut sejak Mac menyebabkan banjir, tanah runtuh serta merosakkan rumah dan tanaman.

Jurucakap Gabenor Baghlan, Farooq Akhplawak berkata seramai 15 orang terkorban akibat banjir di wilayah utara itu dalam tempoh 24 jam lalu.

“Puluhan lagi penduduk cederadan lebih 100 buah rumah musnah dalam kejadian banjir itu” katanya.

Seorang pegawai tempatan di Badakhshan pula melaporkan banjir telah meragut nyawa dua penduduk di wilayah timur laut itu, manakala dua lagi masih hilang.

“Lebih 100 rumah kediaman turut musnah,” katanya.

Satu lagi kematian dilaporkan di wilayah tengah Wardak.

Hujan lebat melanda sebahagian besar Afghanistan sejak Rabu lalu sehingga menyebabkan banjir di beberapa wilayah.

Jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Afghanistan (ANDMA), Mohammad Yousuf Hammad berkata enam lagi kematian direkodkan di beberapa kawasan lain di negara itu pada Khamis, manakala 11 lagi cedera.

Ribut yang membawa hujan lebat melanda Afghanistan sejak akhir Mac lalu, sekali gus mencetuskan banjir dan tanah runtuh selain merosakkan rumah penduduk serta tanaman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.