AS lancar serangan di Lautan Pasifik Timur, tiga terbunuh

Foto REUTERS

AMERIKA SYARIKAT, 19 Jun – Tentera Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya melancarkan serangan ke atas sebuah kapal di Lautan Pasifik Timur pada Khamis, yang mengakibatkan tiga individu terbunuh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Komando Selatan AS (SOUTHCOM) berkongsi kenyataan dan video di X berkaitan operasi tersebut.
  • Kenyataan menyatakan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan anggota AS dalam operasi itu.
  • Beberapa bulan kebelakangan ini angkatan tentera AS memperhebat serangan terhadap bot yang didakwa penyeludupan dadah.
  • Badan hak asasi antarabangsa, termasuk Human Rights Watch dan Amnesty, mengecam operasi sebagai pembunuhan di luar proses perundangan.

Menurut kenyataan Komando Selatan AS (SOUTHCOM) menerusi perkongsian video di X, tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan anggotanya dalam operasi tersebut.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, angkatan tentera AS dikesan memperhebat siri serangan terhadap beberapa bot yang didakwa terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah di kawasan berkenaan.

Tindakan ketenteraan itu bagaimanapun mengundang kritikan hebat daripada badan hak asasi manusia antarabangsa, termasuk ‘Human Rights Watch’ dan ‘Amnesty International’, yang menyifatkan operasi sedemikian sebagai “pembunuhan di luar proses perundangan yang menyalahi undang-undang”. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.