
GAZA, 23 Ogos – Angka korban akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 73,420 orang, manakala 174,369 lagi cedera sejak 7 Okt 2023, menurut sumber perubatan di Semenanjung Gaza pada Ahad, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
- Hospital Gaza terima satu jenazah dan lima rakyat Palestin cedera dalam tempoh 48 jam.
- Sejak gencatan senjata 11 Okt 2025, korban meningkat kepada 1,286 terkorban dan 4,257 cedera.
- Sebanyak 813 mayat rakyat Palestin turut ditemukan.
- Mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya; pasukan ambulans sukar sampai dan membawa keluar mangsa.
Sumber itu memaklumkan hospital di Gaza menerima satu jenazah dan lima rakyat Palestin yang cedera dalam tempoh 48 jam lepas.
Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025, jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 1,286 orang, manakala 4,257 lagi cedera.
Sebanyak 813 mayat rakyat Palestin turut ditemukan.
Pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa sejumlah mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya, manakala pasukan ambulans dan penyelamat terus berdepan kesukaran untuk sampai ke lokasi serta membawa keluar mangsa. – BERNAMA-WAFA