19 maut dalam serangan kem pemberontak di Columbia

Foto hiasan

CARACAS, 2 November – Sekurang-kurangnya 19 orang maut dalam serangan tentera Venezuela ke atas sebuah kem pemberontak berhaluan kiri Colombia di wilayah negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan udara menyasarkan kem ELN di Apure, berhampiran sempadan Venezuela-Colombia.
  • Kumpulan bersenjata terlibat penyeludupan dadah, perlombongan haram dan aktiviti haram sepanjang sempadan kira-kira 2,200 kilometer.
  • Kerajaan Colombia menuduh Venezuela memberikan perlindungan kepada pemberontak, sementara ELN kekal berpengaruh selepas rundingan FARC 2016.

Penyelaras NGO FundaRedes, Juan Francisco Garcia, berkata serangan udara pada Jumaat lalu menyasarkan kem kumpulan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) di Apure, berhampiran sempadan Venezuela-Colombia.

“Sembilan mayat dibawa ke San Fernando, ibu negeri Apure, manakala 10 lagi mayat dihantar ke lokasi berkenaan kemudian.

Beberapa kumpulan bersenjata terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah, perlombongan haram dan penyeludupan di sepanjang sempadan Venezuela-Colombia sepanjang kira-kira 2,200 kilometer.

Antara kumpulan terbabit ialah Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) yang telah dibubarkan serta ELN. ELN antara kumpulan pemberontak paling berpengaruh di Amerika Latin sejak FARC memeterai perjanjian damai dengan kerajaan Colombia pada 2016.

Kerajaan Colombia sejak sekian lama menuduh Venezuela, yang diperintah oleh kerajaan berhaluan kiri, memberikan perlindungan kepada kumpulan pemberontak Colombia.

Venezuela terus berdepan tekanan Amerika Syarikat (AS) sejak bekas presidennya, Nicolas Maduro, digulingkan pada Januari lalu.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.