10 maut, puluhan cedera, letupan gegar pasar di Pakistan

Sebuah kenderaan hancur akibat letupan yang berlaku di Bazar Naurang, Paksitan/Foto Reuters

BANNU, 13 Mei – 10 individu maut, manakala puluhan lagi cedera susulan letupan besar menggegarkan sebuah pasar, Bazar Naurang, di barat laut Pakistan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan merosakkan banyak kedai berhampiran dan memusnahkan beberapa kenderaan di Bazar Naurang.
  • Insiden itu susulan serangan bom kereta pada 9 Mei yang mensasarkan pos polis di Bannu, mengorbankan 15 anggota.
  • Pihak berkuasa Pakistan menuduh kumpulan pengganas berpangkalan di Afghanistan dan mengecam pemerintah Kabul.
  • Taliban tidak memberi respons dan menafikan melindungi kumpulan pengganas, menyifatkan serangan sebagai masalah dalaman Pakistan.

Kejadian tersebut merosakkan sebahagian besar kedai berhampiran selain menghancurkan beberapa buah kenderaan.

Letupan itu juga merupakan susulan serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah pos pasukan polis di daerah Bannu, mengorbankan 15 anggota pada 9 Mei lalu.

Pihak berkuasa Pakistan percaya, kumpulan pengganas yang berpangkalan di Afghanistan bertanggungjawab atas serangan tersebut dan mengecam Kabul atas tindakan tersebut.

Kerajaan Taliban bagaimanapun tidak memberikan sebarang tindak balas atas tuduhan Islamabad tersebut.

Kedua-dua negara terlibat dalam pertempuran terburuk dalam beberapa tahun selepas Islamabad melancarkan serangan udara ke atas Kabul, dengan mengatakan ia menyasarkan kubu kuat kumpulan pengganas yang digunakan untuk mengatur serangan ke atas Pakistan.

Taliban menafikan melindungi mana-mana kumpulan pangganas dan mendakwa serangan yang berlaku di Pakistan adalah masalah dalaman negara tersebut.-Reuters