Kos perang AS dengan Iran mencecah US$29 bilion

AS menanggung kos perang yang tinggi terhadap Iran/Foto Reuters

WASHINGTON, 13 Mei – Seorang pegawai Pentagon memaklumkan bahawa peperangan dengan Iran meyebabkan Amerika Syarikat (AS) membelanjakan hampir US$29 bilion sejak ia bermula pada 28 Februari, lapor Anadolu Ajansi (AA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jules Jay Hurst, Setiausaha Rendah Pertahanan dan Ketua Pegawai Kewangan Pertahanan, memberi keterangan di hadapan jawatankuasa kecil Peruntukan Dewan Perwakilan.
  • Kos peperangan didorong oleh pembaikan dan penggantian peralatan yang dikemas kini serta kos operasi untuk mengekalkan anggota di medan.
  • Bulan lalu Hurst menyatakan AS telah membelanjakan kira-kira US$25 bilion untuk konflik tersebut.

“Kami berpendapat ia menghampiri US$29 bilion disebabkan oleh kos pembaikan dan penggantian peralatan yang dikemas kini, serta kos operasi am untuk mengekalkan anggota di medan,” kata Jules Jay Hurst, Setiausaha Rendah Pertahanan merangkap Pengawal Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan Pertahanan AS, semasa memberi keterangan di hadapan jawatankuasa kecil Peruntukan Dewan Perwakilan.

Bulan lalu, Hurst menyatakan AS membelanjakan kira-kira US$25 bilion untuk peperangan menentang Iran.-Bernama